15 Orang Hilang Setiap Hari

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sesuatu yang mengejutkan apabila purata sebanyak 15 orang didapati hilang setiap hari di Malaysia iaitu satu per empat daripadanya adalah gadis Melayu berusia antara 13 dan 17 tahun.

Berdasarkan rekod polis, 4,804 orang telah dilaporkan hilang dari Januari hingga Oktober tahun lepas dan lebih separuh daripada mereka tidak kembali ke rumah.

Pada tahun 2011, 5,961 orang hilang.

Menurut polis pengaruh rakan sebaya dan masalah penyumbang kepada faktor terbesar kes orang hilang melibatkan remaja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata banyak kes orang hilang yang dilaporkan datang dikalangan keluarga yang berpecah sama ada bercerai atau tinggal berasingan.

"Ia adalah kesan domino, apabila remaja daripada keluarga yang bermasalah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk lari dari rumah," katanya.

Katanya lagi, ada dikalangan mereka itu tercicir daripada sekolah dan sebahagian yang lain terutamanya perempuan lari dengan teman lelaki mereka.

Rekod juga menunjukkan bahawa mereka yang berusia antara 13 dan 17 tahun adalah kategori umur tertinggi kumpulan yang dilaporkan hilang dari rumah.

Remaja perempuan Melayu membentuk kumpulan terbesar iaitu sehingga 1,124 kes hilang direkodkan daripada Januari hingga Oktober pada 2012 dan jumlah itu hampir empat kali ganda kes di kalangan remaja lelaki.

Selain itu Mohd Bakri berkata terdapat kes-kes terpencil orang hilang kerana menjadi mangsa penjenayah seksual dan kes penyeludupan manusia.

"Pihak polis bekerja keras untuk mengesan mereka yang hilang.

"Ia adalah satu tugas yang sukar tetapi kita akan tetap cuba sedaya upaya untuk mencari semua yang hilang itu," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau ahli masyarakat terutamanya keluarga perlu memainkan peranan mereka membantu polis.

"Adalah penting bahawa laporan orang hilang hendaklah dibuat secepat mungkin kerana ia akan membantu kita dalam menggerakkan sumber kita dengan cepat," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan