Sepakat Jadi Kekuatan BN Melaka Rampas Kerusi Disandang DAP - Mohd Ali

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Melaka kini bersedia menawan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang kini disandang DAP, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Melaka yakin semua jentera bersiap sedia menghadapi 'perang' PRU-13 dengan penuh semangat kesepakatan dalam Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kejayaan besar BN dalam pilihan raya itu nanti.

"Saya sendiri telah turun melawat semua bilik gerakan termasuk DUN yang disandang pembangkang dan nampaknya semua persiapan menghadapi PRU-13 telah siap," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Lukisan Laksamana Tun Tuah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Khamis.

Pada PRU-12, DAP memenangi satu kerusi Parlimen (Kota Melaka) dan lima kerusi DUN (Bachang, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir).

Mohd Ali juga yakin kesepakatan teguh antara pemimpin BN dan parti komponen juga pendorong kepada tahap kesiapsiagaan parti jika dibandingkan parti lawan yang dilihat kebelakangan ini gagal mencapai kata sepakat dalam pelbagai aspek.

"Bagaimana mereka mahu pikat dan yakinkan hati rakyat agar menyokong mereka jika mereka sendiri tidak sepakat, ini menunjukkan kelemahan pucuk pimpinan mereka.

"Hal ini terjadi apabila semua mahukan kuasa dan jawatan, jadi perpecahan mungkin akan berlaku di dalam parti pembangkang," katanya.

Mohd Ali menyarankan pemimpin parti pembangkang supaya duduk semeja sesama mereka dalam menyelesaikan sebarang isu dan bukannya menuding jari kepada kerajaan BN apabila rakyat semakin beralih arah memberikan sokongan.

"Rakyat kini bijak serta ada hak untuk memilih, kita (BN) tidak pernah memaksa rakyat untuk mengundi malah rakyat sendiri yang melakukan pemilihan kerana mereka yakin dengan BN yang memerintah negara ini selama 55 tahun," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai sendiri sebelum memilih pemimpin serta parti politik demi kesejahteraan negara dan masa depan generasi akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan