PosLaju Capai Sasaran Tingkat Jualan 10 Peratus Sempena Peraduan Hantar Dan Menang

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengendali syarikat kurier nasional, PosLaju Malaysia (PosLaju) berjaya mencapai sasaran untuk meningkatkan 10 peratus nilai jualan bulanannya sempena peraduan Hantar dan Menang PosLaju yang dilancarkan secara rasmi pada Khamis.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Bhd Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pada Disember lepas, PosLaju mencatat 14 peratus peningkatan nilai jualan bulanan membabitkan pelanggan di kaunter PosLaju seluruh negara.

"Pada Disember lepas, PosLaju mencatatkan sebanyak 484,383 nota konsainan iaitu peningkatan lebih 10 peratus berbanding jualan bagi tempoh Januari hingga November 2012 iaitu sekitar 400,000 nota konsainan sahaja," katanya dalam sidang media selepas melancarkan peraduan itu di Ibu Pejabat PosLaju di sini, Khamis.

Beliau berkata peraduan itu bermula pada 1 Disember lepas sehingga 31 Mac depan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM129,000 termasuk 42 pemenang bulanan yang menerima RM500 seorang.

Peraduan itu khas untuk pelanggan PosLaju yang datang ke kaunter untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat kurier itu di kesemua 63 cawangan Pusat PosLaju di seluruh negara, katanya.

Mohd Shukrie berkata selain hadiah bulanan, tiga pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah utama yang akan diumumkan pada April depan iaitu wang tunai berjumlah RM25,000 bagi tempat pertama, RM15,000 (kedua) dan RM5,000 (ketiga).

Beliau berkata pihak syarikat juga akan mengkaji kemungkinan untuk mengadakan peraduan yang sama pada masa depan berdasarkan keuntungan yang berjaya diperoleh selepas tamat peraduan itu Mac nanti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PosLaju Nor Azizan Tarja berkata PosLaju masih beroperasi pada hari Sabtu seperti biasa.

Beliau berkata PosLaju kini turut menawarkan perkhidmatan logistik, automotif dan fasiliti pergudangan.

Katanya, ibu pejabat PosLaju yang dahulunya terletak di Kampung Attap, Kuala Lumpur telah berpindah sepenuhnya di Pusat Mel Nasional di Shah Alam bermula November lepas.

Terdahulu, pada majlis itu seramai enam pemenang peraduan itu bagi bulan Disember menerima hadiah masing-masing berupa wang tunai RM500 seorang. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan