Najib Tiba Untuk Lawatan Sehari Di Kedah

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini untuk lawatan sehari beliau di Kedah pada Khamis.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada 9 pagi.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi Umno Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri serta penyokong BN.

Petang Khamis, Najib akan menghadiri Program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini.

Selain merasmikan himpunan itu, Perdana Menteri juga dijangka melancarkan Bantuan Lesen 1Malaysia peringkat nasional.

Himpunan itu yang akan melibatkan lebih 50,000 orang muda mewakili parti politik, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan silat, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta masyarakat setempat.

Sempena himpunan yang bermula Khamis hingga Sabtu, pelbagai program diadakan antaranya BN Youth Job Fair, pameran oleh agensi kerajaan dan swasta serta gerai niaga. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan