MAS Guna Pesawat Pertama Dengan Simbol 'Oneworld' Esok

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan memulakan penerbangan komersial pertamanya dengan pesawatnya yang dihiasi simbol perikatan 'oneworld' pada Jumaat, dengan penerbangan MH129 dari Kuala Lumpur ke Melbourne.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat penerbangan nasional itu berkata pesawat pertama Malaysia Airlines dihiasi dengan reka bentuk berkenaan adalah satu daripada 10 pesawat terkini Airbus A330-300s.

Lambang perikatan khas itu menampilkan perkataan 'oneworld' berwarna biru dalam enam kaki tinggi bersama-sama fiuslaj putih dan tailfin standard syarikat penerbangan itu, dengan tanda yang Malaysia Airlines akan mula menawarkan perkhidmatan dan faedah oneworld mulai Jumaat.

Dua lagi pesawat dalam kumpulannya akan dihiasi dengan lambang perikatan ini pada bulan akan datang.

Baki 88 pesawat dalam kumpulannya akan mengekalkan lambang standard Malaysia Airlines tetapi dengan logo oneworld pada fiuslaj pintu masuk penumpang utama.

Menurut kenyataan itu, oneworld memerlukan semua syarikat penerbangan yang menjadi anggota menghiasi sejumlah pesawat mereka dalam simbol perikatan standard sebagai sebahagian daripada aktiviti promosi oneworld.

oneworld merupakan perikatan syarikat penerbangan utama dunia yang komited untuk menyediakan kemudahan dan tahap perkhidmatan yang tinggi kepada pengembara antarabangsa.

Anggota oneworld termasuk Airberlin, American Airlines, British Airways, Cathay Pacific, Finnair, Iberia, Japan Airlines, LAN, Malaysia Airlines, Qantas, Royal Jordanian, S7 Airlines dan kira-kira 30 sekutu.

SriLankan Airlines dan Qatar Airways dalam proses menyertainya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan