Guru Perlu Bantu Hindar Penularan LGBT - Mohd Puad

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi berkata guru-guru perlu membantu memberi penjelasan dan pemahaman mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kepada pelajar agar mereka tidak mudah terjerumus dengan gejala negatif yang kian berleluasa itu.

Beliau berkata walaupun tiada mata pelajaran khusus disediakan, tetapi guru-guru boleh menggunakan mata pelajaran kesihatan dan reproduktif sosial secara kreatif, untuk memberi penjelasan mengenai kesan negatif gejala itu.

"Tugas dan tanggungjawab seorang guru hari ini bukan sekadar memahami cabaran dalam isu-isu pendidikan atau mendidik pelajar di dalam bilik darjah, tetapi perlu memahami dan menangani cabaran isu-isu sosial seperti penularan gejala LGBT.

"LGBT bukan masalah bagi satu kelompok bangsa atau agama sahaja tetapi ia telah menjadi masalah global, pelbagai usaha mengekang gejala ini masih diteruskan bagi menghindar budaya songsang itu terus memusnahkan struktur sosial," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar keibubapaan (Menangani Isu LGBT) di Dewan Mutiara, Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh di sini hari ini.

Mohd Puad berkata seminar kali kedua diadakan di peringkat negeri Pulau Pinang itu merupakan yang ke-21 untuk seluruh negara. Ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengalu-alukan penganjuran seminar seperti itu.

"Saya yakin dengan adanya seminar seperti ini, pengetahuan mengenai gejala LGBT dapat diperluas, dan gejala ini dapat dicegah daripada terus menular hingga merosakkan struktur sosial sesebuah negara," katanya.

Seminar sehari anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) itu dihadiri lebih 1,000 peserta terdiri daripada guru kaunseling, guru hal ehwal pelajar, guru pendidikan kesihatan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Sebanyak dua kertas kerja dibentangkan oleh tiga orang ahli panel iaitu Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Datuk Raja Arif Raja Ali (Liberalisasi - Cabaran Masa Kini) dan Perunding Kaunseling dan Motivasi Hushim Salleh (Pengenalan LGBT- Overview dan Simptom LGBT).

Turut diadakan ialah sesi perkongsian pengalaman dengan individu yang pernah terlibat dengan gejala LGBT yang dikendalikan oleh Hushim. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan