Dasar Levi Pekerja Asing 1992 Dikuatkuasa Semula

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri pada Rabu memutuskan bahawa bayaran levi pekerja asing perlu ditanggung sepenuhnya oleh pekerja itu sendiri dan bukan lagi majikan, berkuat kuasa serta merta.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Kewangan, dasar levi tahun 1992 itu dikuatkuasakan semula kepada pekerja asing baharu atau mereka yang ingin memperbaharui pas kerja, penggajian atau lawatan.

"Langkah kerajaan mengenakan levi kepada pekerja asing tidak akan membebankan mereka kerana kadar levi yang perlu dibayar adalah antara RM34.16 hingga RM154.16 sebulan berbanding peningkatan gaji mereka secara umumnya antara RM300 hingga RM500," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sejak April 2009, kerajaan memutuskan supaya bayaran levi pekerja asing itu ditanggung sepenuhnya oleh majikan bagi mengawal penggajian pekerja asing yang terlalu ramai.

Namun begitu, sejak pelaksanaan dasar gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak berkuatkuasa 1 Januari, ia mendapat tentangan daripada beberapa pihak.

Antara yang menentang ialah Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mendakwa pekerja asing kini memperoleh pendapatan lebih dengan pelaksanaan dasar gaji minimum dan mampu membayar levi sendiri.

Kutipan levi yang diperkenalkan sejak tahun 1992, adalah bagi menampung perbelanjaan besar kerajaan ke atas kemudahan awam seperti klinik, jalan raya dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dinikmati mereka bersama warga tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan