Tuntutan Pelarasan Elaun Sara Hidup Anggota ATM Sedang Dikaji

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Tribunal Khas sedang mengkaji tuntutan pelarasan elaun sara hidup (COLA) anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan menambah baik kualiti perkhidmatan awam.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata jawatankuasa yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam dijangka dapat menyelesaikan perkara berkaitan termasuk soal gaji dan pelbagai elaun lain yang diberikan kepada ATM selepas pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

"Tuntutan itu tidak melibatkan pihak kementerian dan pemberian COLA juga mengikut kemampuan kerajaan dan bergantung kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemberian COLA dan pelbagai elaun lain bukan satu hak penjawat awam, sebaliknya ia adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan berdasarkan sifat keprihatinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesihatan dan derma darah siri 1/2013 sempena hari ulang tahun 5 Briged Infantri Malaysia ke-49 di Kem Lok Kawi, Kinarut di sini, Rabu.

Bagaimanapun, katanya, tiga cabang tentera negara iaitu ATM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 15 peratus menerusi Sistem Saraan Malaysia (SSM) Plus pada Belanjawan 2012.

Abdul Latiff berkata ATM turut menerima kenaikan elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan mulai Januari lepas bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota ATM.

Dalam pada itu, Abdul Latiff turut mengingatkan anggota tentera supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa khususnya dalam usaha mempertahankan keselamatan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan