Syabas Serbu Pawagam Buat Sambungan Air Haram

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah pawagam di Jalan Raja Laut di sini dikesan menjalankan kegiatan mencuri bekalan air dari paip utama Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), membabitkan kerugian RM221,748.

Syabas dalam satu kenyataan berkata berikutan aduan yang diterima pada 21 Disember lepas, satu operasi membanteras sambungan haram di lokasi berkenaan dilakukan pada Rabu.

"Premis itu turut menjalankan beberapa perniagaan lain seperti pusat Internet, snuker serta perkhidmatan cuci kereta. Kesemua perniagaan itu dipercayai dikendalikan oleh sebuah syarikat sama," kata Syabas.

Semakan menunjukkan pawagam itu mempunyai akaun bekalan air dengan Syabas yang didaftarkan atas nama syarikat berkenaan, namun ia ditamatkan sekitar Julai 2012.

"Berikutan penyambungan tidak sah yang dibuat dari paip utama, Syabas menganggarkan kerugian air terawat yang tidak direkodkan penggunaannya adalah selama 195 hari dengan kerugian RM221,748.70," kata syarikat bekalan air itu.

Syabas akan mengeluarkan notis tuntutan ganti rugi manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara akan membuat tuntutan sivil ke atas pihak yang melakukan kesalahan itu.

Dalam pada itu, Syabas berkata sepanjang tahun lepas, 730 kes curi air sahih direkodkan dengan anggaran tuntutan ganti rugi keseluruhan yang dituntut syarikat itu berjumlah RM6.72 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan