PBSNB Umum Pengagihan Pendapatan ASBSN

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Berhad (PBSNB) pada Rabu mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM4.695 juta untuk Amanah Saham Bank Simpanan Nasional (ASBSN) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2012.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, syarikat itu berkata pengagihan kasar bagi ASBSN adalah 1.7 sen seunit (kasar) untuk pelabur-pelabur yang memegang unit amanah sehingga 31 Disember 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif PBSNB, Kamarul Izam Idrus berkata ASBSN adalah dana yang mempunyai objektif untuk mencapai pertumbuhan modal dan pendapatan dalam jangka masa sederhana ke panjang dengan melabur dalam pasaran ekuiti.

"Setakat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, jumlah nilai aset bersih (NAB) dana yang diuruskan adalah RM95.525 juta. Dana ASBSN mempunyai sejumlah 94,369 pelabur setakat 31 Disember 2012," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan