Jawatankuasa Kaji Masalah Pegawai Kontrak Mula Perbincangan Pertama

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Mengkaji Masalah Pegawai-pegawai Lantikan Kontrak yang ditubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada Rabu mengadakan perbincangan dengan kira-kira 210 wakil pegawai-pegawai berkenaan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah berkaitan dengan taraf perkhidmatan mereka.

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata perbincangan hari ini turut disertai wakil jabatan-jabatan berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Kewangan, dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau berkata dalam siri pertama perbincangan jawatankuasa berkenaan pada Rabu, ia mendengar pelbagai keluhan pegawai lantikan kontrak berkenaan, mengkaji setiap kes yang dikemukakan satu persatu, dan melihat sekiranya ia dapat diselesaikan dengan segera.

Menurutnya antara masalah yang dibangkitkan ialah seperti perkhidmatan yang masih bertaraf kontrak walaupun sudah berkhidmat lebih 30 tahun, kriteria untuk menukar taraf perkhidmatan kepada pegawai tetap dan soal gaji.

"Jawatankuasa ini diwujudkan selaras dengan konsep 'rakyat didahulukan', kita akan dengar setiap kes yang dikemukakan satu demi satu dan berusaha menyelesaikannya," katanya dalam satu persidangan media selepas menghadiri sesi interaksi SPA dengan pegawai kontrak JPNIN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Mahmood berkata 210 pegawai JPNIN merupakan wakil kepada kira-kira 3,900 pegawai kontrak dari jabatan berkenaan di seluruh negara, dan menurutnya beliau difahamkan ketika ini terdapat kira-kira 50,000 pegawai lantikan kontrak di seluruh negara, yang membabitkan petugas dari JPM, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW).

Beliau berkata jawatankuasa itu juga akan mengadakan perbincangan dengan pegawai lantikan secara kontrak dari KPKK dan KKLBW tidak lama lagi, untuk melihat sekiranya penyelesaian masalah pegawai dari ketiga-tiga kelompok ini dapat diselaraskan.

Menurutnya jawatankuasa itu akan mengemukakan pandangan dan membuat syor tertentu kepada kerajaan sekiranya ia dapat merumuskan satu jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah pegawai-pegawai berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan