Jakim Bangunkan MS2424 Standard Halal Produk Farmaseutikal Pertama Dunia

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi badan persijilan yang membangunkan sijil pengesahan pengeluaran produk farmaseutikal berdasarkan standard halal yang pertama di dunia, MS2424:2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sijil halal itu akan membolehkan pengguna, khususnya umat Islam mendapat pilihan lebih luas terhadap produk farmaseutikal.

Dalam agama Islam, produk farmaseutikal tidak halal diharuskan penggunaannya jika tidak terdapat alternatif lain, kerana satu daripada cabang utama Maqasid Syariah yang dititikberatkan ialah "memelihara nyawa dan kehidupan", katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sijil berkenaan kepada tiga anak syarikat Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) di ibu pejabat Jakim di sini.

Menurutnya dengan peningkatan populasi umat Islam yang lebih berinformatif dan bijak membuat pilihan di serata dunia, pastinya permintaan dan tuntutan untuk dibekalkan dengan produk farmaseutikal yang mengandungi bahan halal akan lebih meningkat.

Katanya bahagian Hab Halal Jakim berjaya mewujudkan sistem persijilan halal MS2424 itu selepas melalui pelbagai dialog, seminar dan komunikasi dua hala di antara pemimpin dan cendekiawan industri, dan sijil itu boleh diguna pakai oleh syarikat industri farmaseutikal di dalam negara mahupun luar negara.

"Persijilan halal adalah inisiatif sukarela, terpulang kepada syarikat-syarikat farmaseutikal untuk mendapatkan persijilan halal ini bagi memenuhi kehendak populasi umat Islam yang merangkumi lebih 60 peratus daripada populasi di Malaysia, dan kira-kira 25 peratus daripada populasi dunia," katanya.

Jamil Khir berkata sebagai perintis dalam penggunaan sistem baharu berdasarkan standard terulung dunia MS2424, pihaknya berharap ia akan dapat menjadi bukti bahawa produk halal farmaseutikal boleh disediakan untuk kegunaan semua.

Beliau berkata pembangunan sijil MS2424 dilihat kena pada masanya kerana sebelum ini tumpuan hanya diberikan kepada aspek makanan serta minuman, dan menurutnya Jakim sudah membuat persediaan bagi memenuhi permohonan oleh syarikat farmaseutikal bagi mendapatkan sijil berkenaan di masa akan datang.

Katanya setiap permohonan mendapatkan sijil halal Jakim hanya akan mengambil masa tidak lebih 30 hari untuk diluluskan sekiranya semua syarat dipenuhi dan permohonan juga boleh dibuat secara online.

Daripada aspek pemantauan, Jamil Khir berkata ketika ini terdapat 62 pegawai yang dilatih oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan yang diberi bidang kuasa bagi penguatkuasaan dan memantau pematuhan sijil halal.

Menurutnya selain pemantauan produk secara berkala, sijil halal Jakim mempunyai tempoh sah sehingga dua tahun sahaja dan pengeluar produk perlu mengemukakan permohonan baharu selepas tempoh itu.

Tiga anak syarikat CCM yang menerima sijil standard farmaseutikal halal MS2424 hari ini ialah CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd, Upha Pharmaceutical Mfg (M) Sdn Bhd dan Duopharma (M) Sdn Bhd dan sehingga kini 200 produk farmaseutikal CCM sudah memperoleh sijil berkenaan.

Sementara itu, menurut kenyataan media Jakim, persijilan MS2424 bukan sahaja mencuri tumpuan dunia kepada Jakim, malah juga kepada Malaysia kerana persijilan itu merupakan perintis bagi menentukan hala tuju industri halal global dan juga memantapkan lagi aspirasi menjadikan negara sebagai Hab halal dunia.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh menjadi rujukan dunia dan logo "halal Malaysia" dipandang tinggi daripada aspek integriti dan ketelusan dalam menegakkan prinsip Halalan Toyyiban, menurutnya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan