ETP Tunjuk Hasil Kukuh - PM

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah terdapatnya tanda-tanda yang Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah menunjukkan hasil yang kukuh sementara negara pula kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Para pelabur mengerumuni bursa tempatan, dirangsang oleh pencapaian kejayaan besar tawaran awam tahun lepas, kata beliau semasa pelancaran Four Seasons Place Kuala Lumpur di sini malam Rabu.

"Sejumlah US$7.3 bilion telah berjaya dikumpulkan dalam beberapa siri terbitan tawaran awam permulaan (IPO), termasuk yang ketiga terbesar dunia dan bursa saham kita mengakhiri tahun ini pada paras rekod tinggi baharu, melonjak lebih daripada 10 peratus pada tahun 2011," kata beliau.

Najib berkata program transformasi itu yang melibatkan perniagaan dan pelabur dari mula lagi, telah membantu mengenal pasti bidang-bidang ekonomi untuk diutamakan dan pembaharuan itu perlu untuk meningkatkan daya saing.

Beliau berkata yang pakej dasar ini yang datang bersama program-program transformasi kerajaan dan politik akan membuka Malaysia dari segi politik dan ekonomi.

"Ini membolehkan kita untuk kekal daya saing dalam hubungan dunia yang kian berkembang, menarik kepada para pelabur dan pelancong, dan sudah bersedia mencapai status negara maju," kata beliau.

Terdahulu, Najib berkata pembangunan bercampur Four Seasons Place Kuala Lumpur yang menelan belanja RM2.5 bilion bukan hanya memberi manfaat kepada ekonomi negara tetapi turut menunjukkan golongan pelabur dan pemaju memperakui kekuatan ekonomi Malaysia.

"Itu adalah penanda kepada skala luar biasa dan rentak pembangunan yang negara nikmati, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang kukuh dan mapan sejak empat dekad lepas.

"Ia juga menunjukkan betapa dinamiknya usahawan kita iaitu mereka yang mempunyai wawasan dan ingin terus menyaksikan yang asas ibu negara yang hebat boleh didapati di sini iaitu di Kuala Lumpur," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan