Semua Ahli Majlis Syura Setuju Pecat Nasha

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan menggugurkan keanggotaan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS dibuat secara sebulat suara oleh 13 anggota yang hadir tanpa sebarang bantahan.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, kesemua 13 ahli badan tertinggi parti itu yang hadir pada mesyuarat pada 13 Januari lalu bersetuju agar Nasharudin digugurkan daripada kedudukannya.

Majlis Syura Ulama PAS dianggotai seramai 15 orang ahli.

Menurut Nik Zawawi, dua lagi anggota majlis (termasuk Nasharudin sendiri) tidak hadir pada mesyuarat yang diadakan pada 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau enggan menamakan siapakah seorang lagi yang tidak hadir.

"Tak ada seorang pun yang bantah atau pertikaikan keputusan untuk gugurkan Ustaz Nasharudin daripada Majlis Syura.

"Semua yang hadir bersetuju kepada usul agar beliau digugurkan," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Ditanya mengenai siapakah pemimpin yang bertanggungjawab menyuarakan usul agar Nasharudin dilucutkan keanggotaan dalam majlis berkenaan, Nik Zawawi berkata: "Semua ahli sudah lama bersungut tentang komitmen beliau, mereka nyatakan pandangan agar kedudukan Nasharudin perlu digantikan.

"Majlis ini perlukan ahli yang aktif serta boleh berikan sumbangan kepada parti. Jadi kita rasakan bahawa beliau gagal memainkan peranannya dengan baik."

Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan menyatakan, Nasharudin terpaksa digugurkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Nik Zawawi berkata, Majlis Syura Ulama masih belum membuat sebarang keputusan berhubung penganti Nasharudin.

Katanya, Majlis Syura Ulama PAS masih boleh berperanan walaupun wujud satu kekosongan anggota.

"Buat masa ini nak ganti pun boleh, tak ganti pun tidak mengapa. Tapi kita belum bincang lagi tentang perkara ini secara mendalam," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan