Rakyat Sabah Jangan Cepat Putus Asa Jika Permintaan Tidak Dilaksanakan - Anifah Aman

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rakyat di Sabah jangan cepat berputus asa jika permintaan mereka tidak terlaksana di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Sebaliknya, beliau berkata rakyat di negeri ini perlu menyuarakan permintaan mereka agar kerajaan tahu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Tidak ada pemimpin di negara ini yang tidak membantu rakyat. Kita tidak sama dengan negara lain kerana kita menjaga rakyat sama ada diminta atau tidak," katanya pada majlis malam mesra bersama pengundi luar kawasan Parlimen Kimanis di sini malam Isnin.

Anifah, yang juga anggota Parlimen Kimanis meminta rakyat di Sabah supaya jangan mendengar hasutan dan janji kosong pembangkang.

Katanya apa yang dirancang pembangkang, termasuk 20 peratus royalti minyak yang dijanjikan, tidak mampu menjadi kenyataan dan boleh membankrapkan negara.

Bagaimanapun, beliau kesal terdapat rakyat, khususnya di luar bandar, yang percaya dengan kata-kata pembangkang.

"Sekarang kita dapat lima peratus royalti minyak. Tetapi bila dicampurkan dengan pelbagai bantuan yang kerajaan beri sudah melebihi 20 peratus yang diharapkan," jelasnya.

Pada majlis itu, Anifah mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk membantu rakyat di Kimanis dari aspek kesihatan.

Beliau turut mengumumkan RM50,000 lagi untuk membantu persekolahan anak-anak pengundi luar yang mengundi di Kimanis tetapi tinggal di luar daerah itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan