Mayat Mangsa Insiden Di Algeria Dibakar Rabu

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mayat mendiang Chong Chung Ngen yang terbunuh dalam peristiwa tebusan kumpulan militan di Algeria akan dibakar di Krematorium Kok Lek Seah, Bercham di sini pada petang Rabu.

Adik mendiang, Michael Chong, 52, berkata keluarganya akan mengadakan upacara berjaga sehingga malam ini sebelum mayat mendiang Chong, 55, dibawa ke krematorium tersebut dari Gereja St Michael, Jalan Gereja di sini pada 2.30 petang.

"Mayat mendiang tiba di gereja ini pada 5 pagi tadi selepas hampir tiga jam bertolak dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Isteri dan anak mendiang ada di sini untuk menerima mayat mendiang," katanya ketika ditemui pemberita di Gereja St Michael di sini Selasa.

Beliau berkata abu mayat mendiang akan disemadikan di gereja itu.

Mayat mendiang Chong ditempatkan di sebuah dewan di gereja berkenaan untuk upacara keagamaan selain diberikan penghormatan terakhir oleh anggota keluarga, sanak saudara serta sahabat handai.

Isteri Chong, Karen Tham Yoke Hing, 54, dan anak perempuannya Rachel Chong, 21, yang merupakan penuntut Nanyang Technological University di Singapura yang berada di dewan itu dilihat tenang sambil ditemani rakan serta saudara terdekat.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon yang mewakili kerajaan negeri hadir di dewan itu untuk memberikan penghormatan terakhir selain menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada keluarga mendiang.

Dalam insiden 16 Jan lalu, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria menjadi tebusan kumpulan militan.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak Islam di Mali.

Chong yang merupakan seorang inspektor kawalan kualiti dan baru tiga bulan bertugas di sana, serta Tan Ping Wee dari Port Dickson, Negeri Sembilan disahkan terbunuh dalam kejadian itu, manakala tiga lagi rakyat Malaysia - K.Ravi, Lau Seek Chiang dan Patrick Purait Awang terselamat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan