Anggota Parti BN Kedah Perlu Henti Bercakaran Jika Mahu Menang PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kedah perlu menghentikan sikap suka bercakaran dan berbalah sesama sendiri, dan menumpukan usaha meningkatkan kerja menguatkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para anggota parti komponen khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba antara mereka tetapi sewajarnya bekerja keras untuk kemenangan parti.

"Angin perubahan kini bertiup kencang ke arah BN yang kini yakin akan dapat menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga Parlimen yang dimenangi pembangkang pada PRU-12 sekali gus membentuk semula kerajaan negeri kerana sebilangan besar kerusi berkenaan asalnya adalah hak BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang untuk aktiviti PDM Padang Serai di sini malam tadi.

Katanya segala persengketaan dan perselisihan faham yang remeh-temeh hendaklah dilenyapkan demi menjayakan pilihan raya umum kelak.

Sebanyak 43 PDM dalam kawasan berkenaan menerima bantuan tersebut. Turut hadir Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leung, Pengerusi Perhubungan MIC Negeri Kedah yang juga Penyelaras DUN Lunas S. Ananthan dan pemimpin parti komponen BN Bahagian Padang Serai.

Lebih 300 anggota parti komponen hadir pada majlis itu. Ahmad Bashah menyampaikan bantuan RM1,000 kepada setiap PDM untuk kegunaan aktiviti awal kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata BN Kedah sehingga kini mengeluarkan sumbangan RM672,000 kepada 672 PDM BN di seluruh negeri berkenaan.

Katanya bantuan sama akan terus diedarkan dari semasa ke semasa bergantung kepada kemajuan aktiviti yang dijalankan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan