AirAsia Tawar Penerbangan Tambahan Sepanjang Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan penerbangan tambahan untuk laluan-laluan terpilih sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan pada bulan Februari ini.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu telah mengumumkan penerbangan tambahan dari habnya di Johor Baharu ke empat destinasi (Pulau Pinang, Kuching, Miri, Sibu) pada Oktober tahun lepas, serta dari habnya di Kuala Lumpur ke lima destinasi (Sibu, Kuching, Tawau, Bintulu dan Pulau Pinang) pada bulan November.

Penerbangan tambahan dari Pulau Pinang ke Kuching juga turut tersedia.

Tempat duduk untuk kesemua penerbangan tambahan ini sepanjang perayaan Tahun Baru Cina masih lagi ada untuk tempahan di www.airasia.com.

"Kami berharap yang penerbangan tambahan ini akan memudahkan permintaan bagi perjalanan sepanjang musim Tahun Baru Cina," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar dalam satu kenyataan.

Selain daripada penerbangan tambahan yang disebutkan itu, laluan domestik lain di Malaysia juga ditawarkan, dengan tambang "all-in" dari serendah RM39 satu hala, dan laluan antarabangsa dari serendah RM52 satu hala untuk tempoh perjalanan serta merta mulai hari ini sehingga 22 Mei, 2013.

Tambang-tambang khas ini boleh ditempah mulai hari ini sehingga 3 Februari, 2013. Mereka yang ingin berjalan jauh sedikit untuk Tahun Baru Cina, terutamanya dari Kota Kinabalu, boleh beralih ke penerbangan tambahan AirAsia ke Taipei dan Hong Kong dengan tambang "all-in" dari serendah RM199.

Penerbangan Kota Kinabalu - Taipei kini tersedia setiap hari sementara penerbangan Kota Kinabalu - Hong Kong dua kali sehari. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan