50 IBO Dibuka Untuk Dibida - PM

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan buku peluang perniagaan inovasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan buku peluang perniagaan inovasi "Wealth for Malaysia" ketika mengumumkan Kad Laporan 2012 bagi Agensi Inovasi Malaysia (AIM) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya di sini, Selasa. Kad laporan tersebut memberi ringkasan tentang inisiatif-inisiatif dan hasil-hasil projek yang telah dijalankan AIM pada tahun lalu dalam tiga bidang utama iaitu Intelek, Perniagaan dan Sosial. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan 50 peluang perniagaan inovasi (IBO) fasa ketiga dibuka untuk dibida kepada pelabur yang berminat.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia (AIM) berkata mereka yang berminat boleh melayari www.innovation.my untuk maklumat lanjut.

"Inisiatif yang dijalankan AIM untuk mempromosi inovasi dalam tiga bidang utama iaitu inovasi intelek, perniagaan dan sosial juga telah menghasilkan impak positif," kata beliau semasa mengumumkan Laporan AIM 2012 di sini, Selasa.

Lima puluh IBO fasa ketiga itu dijangka menjana pendapatan RM930 juta merangkumi sektor-sektor pertanian, kesihatan, komunikasi, nono-teknologi, pembinaan dan juga kegunaan rumah.

Dalam bidang inovasi intelek misalnya, AIM telah bekerjasama dengan industri berteknologi tinggi untuk penyelidikan Sel Stem, Kaedah Rawatan Injap Jantung tanpa pembedahan terbuka dan juga sistem Visualisasi Autopsi Digital.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga telah membenarkan AIM melabur dalam penyelidikan sel stem itu dengan KLSMC Stem Cells Sdn Bhd untuk teknologi menggunakan sel-sel stem darah dalam rawatan tulang rawan.

Di samping telah menerima pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan sebagai teknologi terkini bertaraf dunia, Najib berkata teknologi itu juga telah mendapat hak paten daripada Amerika Syarikat.

AIM juga kata beliau telah menjalinkan kerjasama dengan Mardil Medical Inc untuk merawat masalah injap jantung tanpa memerlukan pembedahan terbuka dan satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara Mardil Medical dengan Institut Jantung Negara untuk membangunkan sebuah pusat kecemerlangan Mardil-Asia Pasific.

Perdana Menteri berkata pelaburan dalam syarikat I-Gene Sdn Bhd pula untuk mempelopori bidang autopsi digital dan visualisasi medikal.

Dalam bidang Biomas Nasional 2020 pula kata beliau, berpotensi menjana pendapatan RM30 bilion dan mewujudkan 66,000 peluang pekerjaan menerusi penubuhan tiga kilang pemprosesan biomas kepada pelet bahan api bagi kegunaan penjanaan tenaga.

Mengulas mengenai program Inovasi Genovasi yang dilancarkan pada 1 Ogos lepas untuk melahirkan 5,000 duta inovasi dalam masa lima tahun pula, sesi pengambilan pertama seramai 128 orang akan dimulakan.

Sementara projek i-Think satu kerjasama AIM dengan Kementerian Pelajaran kini dilaksanakan di 1,000 sekolah seluruh negara setelah berjaya melalui program perintis di 10 sekolah.

"Program yang menggunakan lapan peta minda bagi mengalakkan inovasi, kolaborasi dan eksplorasi di kalangan pelajar itu akan diperluaskan ke semua 10,000 buah sekolah di seluruh negara menjelang 2014," kata beliau.

Manakala cabaran genovasi pula kata Perdana Menteri, ganjaran RM100,000 disediakan untuk mengalakkan rakyat menyumbang idea dan tenaga berinovasi serta bersama-sama menjayakan matlamat dan wawasan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan