Remaja Lelaki Hilang Selepas Balik Dari Kelas Gim - Berita Semasa | mStar

Remaja Lelaki Hilang Selepas Balik Dari Kelas Gim

Diterbitkan: Isnin, 28 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas tidak pulang ke rumahnya dari kelas gim.

M. Jethendran, 16, kali terakhir menghubungi ibunya pada pukul 3.45 petang memberitahu dia akan balik ke rumah di Sri Petaling di sini menggunakan teksi dari gimnasium di Taman Desa.

Sejam kemudian, dia tidak muncul-muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.

Bapanya, R. Mahadhevan, seorang mekanik berusia 49 tahun yang ditemui pada sidang media anjuran MIC pada Isnin memberitahu anaknya menggunakan perkhidmatan teksi pergi dan balik dari kelas gim sejak beberapa bulan lalu.

Mahadhevan berkata, sebelum ini dia akan menghantar Jethendran ke kelas tetapi mahu anaknya itu belajar berdikari.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan