Penganut Hindu Di Kelantan Minta Thaipusam Dijadikan Cuti Umum

Diterbitkan: Isnin, 28 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Lebih 10,000 penganut agama Hindu di Kelantan memohon kerajaan negeri mewartakan sambutan Thaipusam sebagai hari cuti umum seperti di beberapa negeri lain.

Pengerusi MIC Kelantan M.Kuppusamy berkata langkah itu bagi membolehkan penganut Hindu menyambutnya dengan lebih meriah tanpa perlu memohon cuti.

"Kami sekarang terpaksa memohon cuti tahunan untuk menyambut Thaipusam ini setiap tahun," katanya.

Sambutan Thaipusam merupakan cuti umum bagi Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Menurut Kuppusamy, sambutan Thaipusam di Tumpat semalam dihadiri lebih 2,000 orang.

"Sambutan kali ini begitu meriah dan turut disaksikan pelancong luar negara serta masyarakat beragama lain yang menyerlahkan semangat 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata sambutan itu juga boleh dijadikan satu daya tarikan pengunjung ke Kelantan seperti perayaan 'Loy Kratong' yang disambut masyarakat Siam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan