NGO Guna Nama 1Malaysia Perlu Bertanggungjawab - Razali Ibrahim

Diterbitkan: Isnin, 28 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan istilah 1Malaysia perlu bertanggungjawab, mempunyai kemahiran dan fakta jelas berkenaan sesuatu isu yang dibangkitkan supaya tidak menjejaskan imej kerajaan.

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim menegaskan kegagalan NGO terbabit mengetengahkan fakta yang betul akan mengundang salah faham dalam kalangan rakyat.

"Pemimpin badan NGO kena jawab persoalan yang timbul kerana rakyat memerlukan jawapan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gotong-royong Perdana dan Pelancaran Siswa4U Parlimen Muar di Parit Raja, Jalan Temenggung Ahmad, di sini Ahad.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan merujuk kejadian membabitakn Bawani KS, pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Presiden Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen semasa Forum "Seiringkah Mahasiswa dan Politik?" yang berlangsung di UUM 8 Dis lalu.

Mengenai hujah Bawani pelaksanaan pendidikan percuma hanya memerlukan RM10 bilion, Razali berkata kenyataan itu tidak tepat kerana didasar kepada jumlah pelajar yang memohon atau mendapat pinjaman daripada kerajaan.

"Apabila kita putuskan hendak beri pendidikan percuma, kita kena beri kepada semua sedangkan lebih ramai lagi pelajar yang belajar atas pembiayaan sendiri," katanya menambah jumlah perbelanjaan sebenar adalah jauh lebih besar jika cadangan itu dilaksana.

Beliau juga mahu Bawani mempertimbangkan fakta Argentina mampu memberi pendidikan percuma kerana jumlah pelajarnya hanya 200,000 sedangkan di malaysia ada lebih sejuta orang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan