Kementerian Kesihatan Kenakan Pengawasan Tahap Empat Terhadap Produk Tenusu New Zealand

Diterbitkan: Isnin, 28 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengenakan tindakan pengawasan tahap empat terhadap semua produk tenusu yang diimport dari New Zealand ekoran penemuan residu Dicyandiarnide (DCD) dalam produk negara itu, berkuat kuasa Jumaat lepas.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata meskipun DCD tidak dianggap berisiko kepada keselamatan makanan, namun pemeriksaan rapi perlu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Saya diberitahu DCD tidak berbahaya dan tidak menyebabkan kanser namun demi kepentingan rakyat, kita akan ambil sampel dari semua hasil tenusu tersebut bagi memastikan tiada unsur tercemar yang terkandung dalam produk berkenaan," katanya ketika melawat khemah pemeriksaan kesihatan di Batu Caves sempena Thaipusam Ahad.

Mengulas laporan residu produk tenusu oleh Dairy Reporter dan The Wall Street Journal Khamis lepas, Liow berkata baja mengandungi DCD yang digunakan peladang ke atas rumput untuk menghalang sisa baja daripada meresap ke sungai itu tidak mempunyai had penggunaan antarabangsa kerana dianggap tidak berisiko.

Beliau berkata pemantauan rapi turut dilaksanakan terhadap semua produk tenusu yang terjual di pasaran tempatan bagi memastikan ia selamat serta mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Liow berkata pengguna yang masih ragu dengan status keselamatan produk tenusu yang terdapat di pasaran tempatan boleh mengemukakan laporan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri.

Sementara itu, Liow juga melahirkan rasa bangga atas pelantikan Malaysia sebagai anggota baharu Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-65 di Geneva pada 23 Mei lepas.

Beliau yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap EB WHO berperanan menghubungkan badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia dengan pertubuhan kesihatan itu bagi membincangkan isu kesihatan yang dapat memberi manfaat kepada penduduk dunia.

"Setelah 28 tahun tidak diwakili, akhirnya kita dilantik sebagai Lembaga Eksekutif WHO dan diberi mandat untuk memilih NGO awam dari seluruh dunia untuk membantu WHO dari segi aktiviti, kajian serta bantuan sewajarnya ke peringkat akar umbi," katanya.

Liow berkata WHO turut melahirkan kesudian untuk membantu Malaysia dalam transformasi kesihatan dengan memberi cadangan dan komen terhadap proses yang dilaksanakan.-- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan