Dua Mayat Rakyat Malaysia Terbunuh Di Algeria Selamat Tiba

Diterbitkan: Isnin, 28 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keranda berisi mayat Chong Chung Ngen, rakyat Malaysia yang terkorban dalam krisis tebusan kumpulan militan di Algeria diiringi ahli keluarganya meninggalkan perkarangan Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Algiers, Algeria di Sepang malam Isnin. -fotoBERNAMA
Keranda berisi mayat Chong Chung Ngen, rakyat Malaysia yang terkorban dalam krisis tebusan kumpulan militan di Algeria diiringi ahli keluarganya meninggalkan perkarangan Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Algiers, Algeria di Sepang malam Isnin. -fotoBERNAMA

SEPANG: Mayat dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam krisis tebusan kumpulan militan di Algeria selamat tiba di kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini jam 8.30 malam Isnin.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata mayat mendiang Chong Chung Ngen dan Tan Ping Wee telah diterbangkan dari Algiers setelah diuruskan oleh Kedutaan Malaysia di sana bersama dengan syarikat JGC Construction Pte. Ltd.

"Mayat berkenaan diiringi oleh Patrick Purait Awang, salah seorang rakyat Malaysia yang terselamat semasa insiden tebusan tersebut," kata Anifah.

Beliau berkata Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay dan beberapa pegawai kanan dari Wisma Putra serta ahli keluarga mendiang turut hadir untuk menerima mayat tersebut.

Beliau berkata keluarga berkenaan meminta agar privasi mereka dihormati bagi mereka menghadapi detik sukar ini.

"Dalam hubungan ini, kerajaan Malaysia sekali lagi merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga berkenaan atas kehilangan orang yang disayangi," katanya.

Mendiang Tan berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan dilaporkan bekerja di Algeria sejak enam bulan lalu manakala mendiang Chong yang berasal dari Ipoh, Perak merupakan seorang inspektor kawalan kualiti dan baru tiga bulan bertugas di sana.

Dalam insiden 16 Jan lalu, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria menjadi tebusan kumpulan militan.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak Islam di Mali.

Tan dan Chong disahkan terbunuh dalam kejadian itu, manakala tigalagi rakyat Malaysia - K.Ravi, Lau Seek Chiang dan Patrick terselamat.

Lau dan Ravi pulang ke pangkuan keluarga masing-masing Rabu lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan