Sokong Pemimpin Dan Kerajaan Yang Berjasa, Kata Shafie

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat menilai jasa pemimpin dan kerajaan berdasarkan kerja mereka bukan kerana pandai berceramah.

Menurut Mohd Shafie kelebihan "pandai bercakap" semata-mata tidak akan membantu membangunkan negara, apatah lagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

"Kita tidak boleh menilai kebaikan dan keburukan itu hanya melalui ceramah, atau pidato dan ucapan semata-mata. Kita harus buat perbandingan mana yang baik untuk kita, mana yang membangun negara ini, mana yang tolong kita. Kita harus memberi sokongan kepada pihak yang membantu kita.

"(Bukan) Yang hanya pandai berucap, bercakap dan berpidato dan langsung tidak membantu rakyat. Nak tolong bagaimana? (Mereka) dari pagi sampai petang berceramah. Tetapi kerajaan beri bantuan sekolah, nelayan petani untuk pastikan semua golongan ini terbela," katanya di sini Ahad.

Beliau ditemui pemberita selepas penyerahan elaun sara hidup kepada 850 nelayan dan bantuan Yayasan Nelayan Malaysia (Yanem) kepada 30 anak nelayan.

Katanya sumbangan kerajaan yang diteraju Barisan Nasional (BN) kepada rakyat termasuk golongan petani dan nelayan cukup banyak, sehingga ramai anak-anak golongan itu berjaya dalam pelajaran dan bekerja dalam bidang profesional.

Mengulas perkara lain, Mohd Shafie menyarankan agar penglibatan golongan muda dalam sambutan Maulidur Rasul dipertingkat bagi mendidik mereka menghayati sikap mulia Rasulullah S.A.W.

Terdahulu pada sebelah pagi, beliau bersama Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah di sini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan