Kerja Baik Pulih Landasan Di Skudai Dijangka Siap Khamis

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerja membaik pulih landasan keretapi di Kilometer 738.00 berhampiran Taman Impian Emas, Skudai, Johor sedang giat dijalankan dan dijangka siap Khamis ini (31 Januari).

Pada Sabtu, lima penumpang dan seorang pekerja cedera selepas empat daripada 10 gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ekspres Sinaran Selatan No.13 tergelincir di landasan tersebut.

KTMB dalam kenyataan di sini, Ahad, berkata, ekoran kejadian itu, semua perkhidmatan tren ke Woodlands, Singapura akan ditamatkan di stesen Kulai, Johor dan penumpang akan dipindahkan melalui bas ke stesen Kempas Baru sebelum meneruskan perjalanan ke JB Sentral dan Woodlands dengan menaiki tren 'shuttle' yang disediakan.

"Selain itu, perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Selatan No.13 (Sentral KL-Woodlands) dan tren Shuttle No.61 (Gemas-Woodlands) turut dibatalkan.

"Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan