Hanya Najib Boleh Umum Senarai Akhir Calon Parti PBB - Abang Johari

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan mempertahankan kesemua 14 kerusi Parlimennya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg juga berkata persoalan sama ada ahli Parlimen dari parti itu akan dikekalkan atau berpindah kawasan juga hanya akan diumumkan oleh Najib.

Pada PRU ke-12 pada 2008, PBB memenangi kesemua kerusi di 14 kawasan Parlimen iaitu Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Mambong, Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjung Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti, Limbang dan Lawas.

"Saya tidak boleh mengesahkan sama ada penyandang kerusi Parlimen dari PBB akan terus menjaga kawasan masing-masing...hanya tunggu pengumuman Najib merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan sebahagian daripada 14 ahli Parlimen tersebut di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, di sini, Ahad.

Mesyuarat lebih dua jam itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga presiden parti berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata mesyuarat bersama ahli Palimen itu adalah bagi membincangkan persediaan jentera pilihan raya di kawasan yang diwakili mereka.

"Kita juga yakin dapat mempertahankan semua 14 kerusi Parlimen itu," kata Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan