Senarai Calon BN Terengganu Sudah Diserah Kepada SPRM Untuk Tapisan - MB

Diterbitkan: Sabtu, 26 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Senarai calon Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk melalui proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata sehingga ini belum ada sebarang maklumat mengenai senarai calon yang dikemukakan kepada SPRM sama ada layak atau sebaliknya.

"Kita tunggulah sehingga SPRM memaklumkan kepada kita nanti," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Jumaat mengenai empat calon BN tidak layak menyertai PRU-13 selepas tapisan dibuat SPRM.

Sementara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar berkata semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini yang sudah tamat tempoh perkhidmatan pada Disember lepas akan disambung perkhidmatan mereka sehingga Jun depan.

Di Terengganu terdapat kira-kira 1,600 anggota JKKK, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan