PM Berlepas Pulang Dari Switzerland Selepas Hadiri WEF 2013

Diterbitkan: Sabtu, 26 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ZURICH (Switzerland): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas pulang selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan di bandar peranginan ski, Davos.

Mereka diiringi ke lapangan terbang oleh Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Datuk Ho May Yong.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isterinya meninggalkan Zurich ExecuJet Terminal pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) pada hari Sabtu.

Najib telah mengetuai delegasi Malaysia peringkat tinggi yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, pemimpin korporat dan para pegawai sektor swasta ke acara lima hari yang berakhir pada hari Ahad (27 Januari).

Perdana Menteri telah menggunakan tema WEF tahun ini iaitu "Resilient Dynamism" sebagai platform untuk memperlihatkan pertumbuhan dan peluang ekonomi Malaysia yang rancak meskipun perlu berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global sejak beberapa tahun lepas.

Dalam mesyuarat dua hala dan bersemuka yang dijadualkan bersama-sama dengan pemimpin politik dan peneraju industri, Najib, yang juga menteri kewangan, telah membina satu landasan yang kukuh untuk Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan, perdagangan, pendidikan dan pelancongan di Asia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan