Pemilihan CEC: Ahli DAP Terus Bantah

Diterbitkan: Sabtu, 26 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Imej DAP yang kononnya sebuah parti yang demokrasi terus dipertikai oleh ahlinya sendiri apabila satu lagi bantahan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baru-baru ini, diadakan di hadapan bangunan pejabat DAP negeri, di sini, Sabtu.

Beberapa ahli parti itu diketuai Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkumpul di hadapan bangunan pejabat itu di Kemayan Square di sini bagi mendesak pimpinan pusat parti membersihkan imej parti yang tercalar selepas apa yang didakwanya sebagai penipuan dalam pemilihan CEC.

"Kami sedia diambil tindakan oleh pihak jawatankuasa disiplin parti dan biarlah kami terkorban demi memastikan ketelusan dalam DAP dapat dilakukan," kata David kepada pemberita.

Beliau mendakwa pemilihan CEC yang dilaksanakan baru-baru jelas memperlihatkan parti itu mengenepikan kepentingan masyarakat India dalam parti apabila ahli India yang dipilih dalam CEC adalah dilantik, bukannya dipilih oleh ahli parti.

"Kita perlu tahu mana 'singa bertaring dan mana singa tidak bergigi'. Kalau setakat dilantik, pimpinan parti boleh melantik siapa sahaja yang mereka suka berbanding yang dipilih oleh ahli," katanya.

Beliau juga menafikan tindakan membuat bantahan itu merupakan agenda tersembunyi untuk menghancurkan parti seperti yang didakwa beberapa pimpinan pusat parti itu sebelum ini.

Katanya, ia sebaliknya bertujuan untuk memastikan pemilihan yang diadakan lebih telus, malah beliau mendakwa tindakan itu turut mendapat sokongan sesetengah pimpinan pusat.

"Kita ingin tegaskan bahawa tindakan yang kami lakukan ini tidak ada agenda tersembunyi dan ramai ahli seumur hidup dalam DAP berterus terang ikhlas dalam perjuangan parti dan mereka menuntut keadilan dalam pemilihan parti," katanya.

Ketika ditanya pemberita kemungkinan ahli DAP akan keluar parti ekoran ketidakpuasan hati mengenai pemilihan CEC, David berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku memandangkan ramai lagi ahli masih sayangkan parti.

Katanya, tindakan keluar dari parti bukanlah sesuatu yang wajar untuk menyelesaikan krisis memandangkan terdapat saluran yang betul untuk membersihkan DAP dan mencari keadilan untuk ahli. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan