Tubuh Pemerhati Pantau Diskriminasi Agama - OIC

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mencadangkan penubuhan badan pemerhati antarabangsa bagi memantau amalan tidak bertoleransi dan diskriminasi terhadap semua agama dan pengikutnya.

Setiausaha agungnya, Ekmeleddin Ihsanoglu, berkata hasil langkah tersebut, akan wujud pemahaman lebih baik terhadap masalah seumpama itu dan seterusnya akan menghasilkan respons antarbangsa yang lebih efektif dan bersepadu.

Beliau menarik perhatian bahawa OIC sedang memantau masalah Islamophobia sementara Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) pula memantau jenayah kebencian.

Menurut kenyataan OIC, Ihsanoglu bercakap mengenai penubuhan pemerhati antarabangsa itu di sidang antarabangsa peringkat tinggi di London pada Selasa.

Beliau diundang oleh Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel Britain, Baroness Sayeeda Warsi.

Ihsanoglu mencadangkan pembentukan pemerhati itu di bawah bidang kuasa Pejabat Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (OHCHR).

Sementara itu, Ihsanoglu telah mengutus surat kepada Presiden AS Barack Obama, mengucapkan tahniah atas pemilihan semula beliau.

Ihsanoglu menarik perhatian terhadap kejayaan kerjasama AS-OIC dalam pelbagai isu, termasuk kesihatan, bantuan kemanusiaan dan pemerkasaan wanita di dunia Islam.

Beliau berkata keamanan di Timur Tengah, pembangunan sosio-ekonomi dan langkah membanteras anti-toleranasi merupakan bidang keutamaan bagi OIC.

Ihsanoglu berkata, rakyat AS meyakini Obama, kerana itu mereka memilihnya semula sebagai presiden AS.

Rakyat Amerika yakin Obama akan menambah baik keadaan ekonomi dan sosial negara itu.

Ihsanoglu berkata pemilihan semula itu boleh dilihat sebagai undi keyakinan terhadap strategi dasar luar lebih luas Obama untuk berinteraksi dengan dunia Islam.

Obama mengangkut sumpah jawatan Isnin lepas. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan