Tiga Firma Labur RM5.5 Bilion Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAVOS (Switzerland): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan potensi pelaburan berjumlah kira-kira RM5.5 bilion ke Malaysia melibatkan tiga buah syarikat asing.

Ia merupakan hasil pertemuan dengan syarikat-syarikat tersebut di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang sedang berlangsung selama lima hari sehingga 27 Januari ini.

Menurut Najib, Itochu Steel Industry telah menunjukkan minat untuk mengadakan usahasama dengan Petronas, syarikat minyak negara, dalam bidang petrokimia di Rapid Pengerang.

"Perkara ini boleh dikatakan hampir menjadi kenyataaan . Ia akan memberi kesan kepada perkembangan projek Rapid Pengerang itu," katanya kepada wartawan Malaysia, lewat Khamis.

Selain itu, syarikat ini berminat untuk membina sebuah kilang yang akan mengeluarkan paip bersepadu untuk industry minyak dan gas.

Sementara itu, semasa pertemuan bersama Hanwha Group, syarikat itu menyatakan hasrat untuk melabur dalam syarikat pengurusan aset, pembinaan dan syarikat insurans nyawa.

Perdana Menteri berkata konglomerat yang mengambil alih Q-Cells, syarikat Jerman yang mengeluarkan sel fotovoltan (PV) itu dengan nilai RM1.4 bilion, diyakini akan menambah pelaburan pada masa akan datang.

Difahamkan syarikat berkenaan akan melabur sebanyak RM3 billion selama lapan tahun. Bagi Evonik Industries AG, Najib berkata syarikat ini pula akan menubuhkan syarikat usahasama dengan Petronas juga dalam bidang petrokimia.

"Projek ini boleh dikatakan telah dipersetujui secara prinsipnya. Dalam tempoh setahun ini mereka akan buat kajian lebih terperinci lagi. Kerja-kerja akan bermula pada tahun hadapan," katanya.

Najib kini dalam rangka lawatan kerja sempena WEF, sehingga 26 Januari ini.

Sementara itu, dalam pertemuan beliau dengan Menteri Kewangan Kanada, James M Flaherty, Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada kerajaannya di atas kelulusan untuk Petronas membuat pelaburan yang besar melalui Progress Energy.

"Ini merupakan satu pelaburan yang begitu strategik Petronas kerana ia akan menambah jumlah rizab gas dengan ketara yang akan dapat dikuasai oleh syarikat petroleum ini.

"Beliau juga berharap hubungan ekonomi kedua-dua negara akan dapat ditingkatkan lagi," katanya.

Dalam pertemuan beliau bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Pascal Lamy, Najib berkata pemimpin itu mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana memainkan peranan yang aktif dan positif untuk menggalakan rundingan ke arah sistem 'rules base' atau asas peraturan.

"Beliau juga menghargai usaha kita memulihkan rundingan Doha yang agak terbantut sekian lama.

"Lamy merasakan bahawa rundingan di peringkat pelbagai peringkat ini dulu memberi tumpuan atau aspek-aspek yang boleh membawa kepada persetujuan secara kolektif. Ia termasuk pemudahan perdagangan dalam rundingan pelbagai peringkat kerana pemudahan perdagangan kalau diputuskan akan mengurangkan kos menjalankan perniagaan," kata Perdana Menteri.

Dalam pertemuan terakhir pada hari pertama lawatan kerja beliau bersama Perdana Menteri Netherland, Mark Rutte, Najib berkata Malaysia diminta untuk mengkaji bagaimana negara kecil tersebut mampu menjadi pengeluar bunga dan hasil pertanian antara yang terbesar di dunia dengan menggunakan teknologi dan secara intensif.

"Saya turut membayangkan kita juga berminat untuk menarik penyertaan Rabobank di Malaysia... bank yang terlibat dalam bidang pertanian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan