PM Ditemu Bual Al-Jazeera

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAVOS (Switzerland): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memulakan hari kedua lawatan kerja ke Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 dengan sesi siaran television dari Al-Jazeera.

Sesi interaktif itu akan membincangkan kelembapan ekonomi dan kesannya.

Mesyuarat WEF Annual merupakan forum ekonomi yang dinanti-nantikan, menghimpunkan peminpin berpengaruh dari politik, perniagaan dan masyarakat sivil untuk membincangkan pelbagai isu global.

Acara tahun ini yang bertemakan 'Resilient Dynamism', merupakan platform untuk menampilkan pertumbuhan cergas ekonomi Malaysia dan peluang pelaburan yang lumayan berlatar belakangkan ketidaktentuan ekonomi dunia pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Najib juga akan mengunjungi Presiden Swiss Confederation, Ueli Maurer, sebelum menjadi hos kepada mesyuarat makan tengah hari yang akan memberi tumpuan kepada sumber asli Malaysia sebagai peringkat untuk transformasi dan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.

Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi temu bual bersemuka bersama Fareed Zakaria dari Al-Jazeera lewat Jumaat berhubung inisiatif dan pencapaian transformasi ekonomi dan politik Malaysia.

Pada sesi pleno lain yang bertemakan "Ketahanan dalam Kepelbagaian", Najib, bersama-sama rakan-rakan sejawatan dan pemimpin lain dari negara-negara anggota Asean, akan menghuraikan mengenai bagaimana Asean merancang pertumbuhan seterusnya.

Najib akan menjadi tuan rumah kepada Malam Malaysia untuk menampilkan pencapaian Malaysia dan untuk meningkatkan kehadiran Malaysia di WEF.

Malam Malaysia itu dijangka menjadi acara yang hebat dengan tiga segmen pendekatan acara teater yang menggambarkan Malaysia pada masa lalu, masa kini dan kemungkinan masa depan.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan