Lebuhraya Smart Ditutup 30 Januari Untuk Penyelenggaraan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Smart di sini akan ditutup kepada lalu lintas mulai 11 malam, 30 Januari sebelum dibuka semula pada 6 pagi keesokannya bagi kerja menyelenggara sistem terowong lebuh raya itu.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong (Smart) dalam kenyataan di sini, Jumaat berkata pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart 1-300-88-7188 untuk pertanyaan lanjut mengenai penutupan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan