KPN Ingatkan Masyarakat Jangan Persenda Isu Sensitif Berkaitan Agama - Berita Semasa | mStar

KPN Ingatkan Masyarakat Jangan Persenda Isu Sensitif Berkaitan Agama

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan masyarakat tidak mempersendakan isu sensitif berkaitan agama atau perkauman yang boleh mencetuskan perasaan marah atau benci sehingga menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Beliau berkata setiap orang perlu menghormati sistem perundangan negara dan menerapkan nilai moral yang tinggi.

"Sudah lama kita (rakyat Malaysia) hidup dalam perpaduan, kenapa perlu timbulkan isu-isu sensitif berkaitan agama dan sebagainya...hari ini timbul pula dakwaan kononnya ada upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar Butterworth Ahad ini.

"Beberapa individu telahpun dipanggil bagi membantu siasatan sebelum proses selanjutnya dibuat," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu Ahad lepas.

Pada majlis itu, dua anggota polis unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, yang parah ditembak sekumpulan penjenayah dalam kejadian 26 September tahun lepas dinaikkan pangkat sebagai Sarjan.

Majlis pemakaian pangkat ke atas dua anggota berkenaan sebagai menghargai jasa dan semangat juang yang dipamerkan ketika bertugas itu disempurnakan Ismail. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan