Keputusan STAM Diumum Rabu Ini

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 akan diumumkan pada 30 Januari.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran pada Jumaat, calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi hari yang sama.

Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi Jabatan Pelajaran negeri tempat mereka mendaftar.

Seramai 8,822 calon menduduki STAM pada tahun lepas di 116 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mereka adalah 3,999 calon dari Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,697 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 681 calon Sekolah Agama Rakyat, 1,359 calon persendirian dan 49 calon sekolah menengah swasta.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM [angka giliran] dan hantar ke 15888 mulai 10 pagi, 30 Januari sehingga 11.59 malam, 5 Februari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan