Penyelesaian Pragmatik Perlu Untuk Selesaikan Konflik Di Timur Tengah - Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 24 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia percaya penyelesaian pragmatik berdasarkan prinsip dan norma antarabangsa diperlukan bagi menyelesaikan kebuntuan masalah konflik di Timur Tengah.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata semua kuasa berpengaruh wajar mempaparkan kepimpinan politik yang kukuh bagi saling mempertimbangkan usaha memperkasakan keperluan rakyat dan negara di rantau itu.

"Tidak dinafikan bahawa Majlis Keselamatan perlu memainkan peranan yang dihasratkan dengan memenuhi mandat untuk penguatkuasakan resolusi majlis. Ini adalah dalam usaha mencapai penyelesaian mampan kepada soal Palestin, sekali gus mengembalikan kredibilitinya," katanya.

Hussein berkata demikian dalam ucapannya pada Debat Mengenai Situasi di Timur Tengah termasuk soal Palestin pada sesi Majlis Keselamatan PBB di New York Khamis.

Teks ucapannya dihantar kepada Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata Malaysia juga amat bimbang dengan situasi kemanusiaan yang mana anggaran empat juta pelarian mencari perlindungan dan keperluan asas lain di Jordan, Iraq, Lubnan, Turki dan Mesir.

'Kami menggesa komuniti antarabangsa untuk menghulurkan bantuan dalam menyokong Pelan Tindakan Bantuan Kemanusiaan Syria PBB bagi meringankan penderitaan penduduk akibat keganasan," katanya.

Hussein juga berkata situasi di Wilayah Palestin Yang Diduduki memerlukan perhatian penuh dan segera bagi memulihkan semula rundingan damai.

"Malaysia meminta ahli Kuartet menunjukkan kepimpinan politik dan memperhebatkan usaha dalam memujuk Israel untuk kembali ke meja rundingan.

"Rundingan damai perlu disambung semula sebelum sebarang harapan penyelesaian dua negara hilang sepenuhnya. Kita mesti datang bersama-sama bagi memastikan bahawa Israel tidak dibenarkan memusnahkan sebarang harapan untuk mencapai keamanan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan