Kadar Tol Jambatan P.Pinang Kedua Belum Diputuskan

Diterbitkan: Khamis, 24 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pengguna Jambatan Pulau Pinang Kedua yang dijadualkan akan dibuka pada September ini akan tidak akan dikenakan bayaran tol dalam beberapa minggu pertama operasinya.

Sebaliknya, kadar tol untuk jambatan dengan jarak 24km ini akan diumumkan secara rasmi pada bulan Oktober.

Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata demikian semasa lawatan tapak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim di Batu Kawan, dekat sini, Rabu.

Dr Sulaiman berkata jambatan baru itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa di Jambatan Pulau Pinang sebanyak 25 hingga 30 peratus dan boleh menampung sehingga 100,000 kenderaan setiap jam.

Sementara itu, Lim berkata, Kabinet masih belum membuat keputusan mengenai kadar tol untuk jambatan kedua.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan "ia akan menjadi kadar munasabah dan tidak membebankan rakyat."

Beliau berkata selain menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara, ia juga akan menjadi jambatan ke-20 terpanjang di dunia.

Memuji JKSB berhubung progres pembinaan jambatan, Lim berkata ia adalah dua bulan lebih awal daripada jadual dengan kini 90.4 peratus siap.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan