Jadual Padat Menanti PM Di Hari Pertama Forum WEF

Diterbitkan: Khamis, 24 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Davos, Switzerland untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan World Economic Forum 2013 (WEF) yang berlangsung dari 23 hingga 26 Jan. -- fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Davos, Switzerland untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan World Economic Forum 2013 (WEF) yang berlangsung dari 23 hingga 26 Jan. -- fotoBERNAMA

DAVOS: Jadual padat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyaksikan beliau "tidak menang tangan" pada hari pertama berlangsungnya Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Jadualnya yang bermula seawal pagi hinggalah ke lewat petang, termasuklah mesyuarat tanpa henti dengan para ketua negara, pemimpin ekonomi, gergasi korporat serta kumpulan media asing.

Ini tidak termasuk ribuan delegasi WEF yang ingin bercakap dengan beliau secara tidak rasmi dan mereka yang benar-benar serius mahu mengetahui apa yang Malaysia boleh tawarkan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan memulakan hari dengan mesyuarat dengan Mercuria Energy Switzerland, syarikat urus niaga komoditi antarabangsa yang kompetitif dan milik persendirian yang aktif dalam spektrum meluas pasaran tenaga global.

Ia diikuti dengan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy yang telah dipilih semula secara sebulat suara oleh majlis agung untuk penggal kedua selama empat tahun, bermula 1 Sept, 2009.

Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dengan pengerusi Itochu Corp., Eizo Kobayashi dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hanwha Group, Nam Gyu Cha.

Kedua-dua syarikat merupakan konglomerat di negara masing-masing.

Ia akan diikuti dengan mesyuarat dua hala dengan Menteri Kewangan Kanada, James M. Flaherty dan kemudiannya pertemuan dengan Ketua Eksekutif Evonik Industries AG, Klaus Engel.

Evonik Industries, perbadanan yang beribu pejabat di Essen, North Rhine-Westphalia, Jerman, ialah antara syarikat pengurusan kimia khusus terkemuka dunia.

Mesyuarat akhir Najib pada hari pertama ialah dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, Jadual itu tidak berhenti di situ kerana beliau akan ditemubual pula oleh Financial Times.

Pada malamnya, beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Datuk Ho May Yong, Duta Besar Malaysia ke Switzerland. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan