Wanita MCA Harap Tiada Tindakan Dikenakan Terhadap Ibu Bapa William - Berita Semasa | mStar

Wanita MCA Harap Tiada Tindakan Dikenakan Terhadap Ibu Bapa William

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Wanita MCA Selangor berharap pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap ibu bapa William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilapor hilang di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Pengerusinya Senator Chew Lee Giok berkata ini kerana ibu bapa kanak-kanak itu telah memohon maaf dan sedar atas kecuaian mereka sehingga menyebabkan anak mereka hilang Rabu lepas.

"Wanita MCA menyeru mana-mana individu yang menyimpan serta menjaga William supaya memulangkannya semula ke pangkuan keluarga tanpa sebarang syarat," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Rabu.

Rabu lepas, anak kedua daripada tiga beradik itu dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Sehingga kini kehilangan kanak-kanak itu masih diklasifikasi sebagai kes 'orang hilang'.

Sementara itu, Chew berkata pihaknya akan membantu mengedarkan gambar William melalui 22 bahagian Wanita MCA Selangor bagi membantu mengesan kanak-kanak itu bermula Rabu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-5631 9800 atau Wanita MCA Selangor 017-3972 683 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan