Tebusan Tiba: Ravi Kappusamy Berterima Kasih Kepada Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang daripada lima rakyat Malaysia yang terselamat dalam insiden tebusan di kompleks minyak dan gas di In Amenas, Algeria pada 16 Jan lepas bersyukur dengan pertolongan kerajaan.

"Kerajaan Malaysia telah melakukan yang terbaik untuk membawa saya pulang," kata Ravi Kappusamy, 48, dari Bukit Jambul, Bayan Lepas kepada pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Rabu.

Jurutera binaan ini gembira kerana dapat pulang ke pangkuan keluarganya dengan selamat.

Kepulangannya disambut isterinya Doreen Michael Tajie, 45, anak-anaknya R. Vijayabalan, 19, dan R. Sharmilaah Deve, 18.

Dalam kejadian itu, 60 pemberontak lengkap bersenjata menyerang dan menawan OGPC Amenas, kira-kira 70 kilometer dari sempadan Algeria-Libya dan menjadikan 150 pekerja termasuk 41 warga asing sebagai tebusan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan