Pelajar Malaysia Selamat Dalam Kejadian Gempa Di Aceh

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Lebih 120 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Aceh selamat dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 6.0 pada skala Richter awal Selasa.

Pengarah Education Malaysia (EM) Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata, kesemua pelajar berkenaan menuntut di Aceh dan mereka tinggal di Banda Aceh.

"Pihak kami telah menghubungi para pelajar kita di Aceh dan diberitahu bahawa mereka turut merasakan gegaran, namun semuanya selamat," katanya ketika dihubungi di sini.

Gempa bumi itu, yang berlaku di dalam laut sekitar Pulau Penasi iaitu antara Banda Aceh dan Pulau Breureh, 15 km ke barat daya kota Banda Aceh, telah mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut dan sekurang-kurangnya tujuh penduduk cedera.

Kesemua mangsa itu adalah dari tiga buah kampung di daerah Pidie, Aceh.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.22 pagi itu menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Pidie hancur dan sejumlah rumah lain rosak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan