Kerajaan Diminta Kaji Semula Kadar Elaun Kepada OKU

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan diminta menilai semula elaun bulanan yang diberi kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) pada kadar yang lebih tinggi berbanding jumlah RM150 yang diberi sekarang.

Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata berdasarkan peningkatan kos sara hidup zaman sekarang, jumlah elaun yang diberi kepada golongan itu perlu dinaikkan kepada RM250 sebulan.

"Jumlah perbelanjaan menguruskan anak OKU agak mahal termasuk membeli barangan keperluan mereka dan kos pengangkutan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang pastinya membebankan keluarga OKU.

"Justeru, saya sangat berharap agar kerajaan sedia mengkaji semula kadar elaun kepada mereka supaya ia selaras dengan pembangunan pesat masa kini," katanya kepada pemberita di majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra bersama keluarga dan pelajar OKU PDK Seberang Takir di sebuah restoran makanan segera di sini, Rabu.

Sehingga kini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyumbangkan RM150 bulanan kepada pelatih OKU yang belajar di PDK manakala OKU yang terlantar di rumah menerima RM50.

Turut hadir Penyelia PDK Seberang Takir, Nor Hashima Ariffin bersama 27 pelatih OKU dan ibu bapa masing-masing.

Selain itu, Mohd Nasir turut berharap kerajaan menyegerakan pembinaan sebuah lagi PDK Wakaf Tembesu bagi menampung kemasukan lebih ramai OKU ke pusat itu untuk belajar beberapa aspek kemahiran diri.

"Sehingga kini seramai 180 pelatih OKU menerima bimbingan di tiga PDK dalam Parlimen Kuala Nerus iaitu di Manir, Mengabang Telong dan Seberang takir.

"Apabila PDK Wakaf Tembesu ini siap kelak, sudah pasti lebih ramai ibu bapa dapat menghantar anak mereka dengan lebih mudah kerana PDK sedia ada agak jauh dari rumah mereka," katanya.

Pada majlis itu juga, beliau mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM6,000 kepada tiga PDK terbabit untuk kos pengurusan dan pentadbiran selain yang diberi kerajaan pusat sebanyak RM100,000 setiap tahun. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan