Jangan Harapkan Pembangkang Ubah Nasib Negara - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat agar tidak mengharapkan kepada parti pembangkang untuk merubah nasib dan masa depan negara.

Beliau berkata tiada jaminan pembangkang mampu mempertahankan kemakmuran dan pembangunan yang dinikmati rakyat hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Kita bincangkan nasib kita, nasib anak cucu kita, apakah jaminan bahawa kalau sekiranya pembangkang berkuasa di negara ini, mereka mampu mempertahankan segala apa pun yang telah kita bina," katanya ketika berucap melancarkan Gelombang Biru peringkat negeri Melaka di sini, malam Selasa.

Kira-kira 50,000 hadirin dari seluruh Melaka hadir pada majlis berkenaan. Turut hadir Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas, dan Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata berdasarkan rekod pembangkang yang menguasai beberapa negeri jelas menunjukkan parti itu gagal melaksanakan janji dan tanggungjawab terhadap rakyat.

"Kita telah melihat sendiri apa yang berlaku di negeri yang mereka pimpin...negeri Selangor contohnya hari ini bergelumang dengan masalah air, tidak menghormati raja dan pelbagai lagi sehingga menyebabkan kesusahan rakyat," katanya.

Sebaliknya beliau berkata kerajaan BN yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil pelbagai usaha untuk memastikan Malaysia terus maju dan rakyatnya menerima limpahan dari setiap sudut.

Dalam pada itu, Muhyiddin meminta jentera BN supaya bersiap sedia dan bertekad untuk menentukan kejayaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sementara itu, Tsu Koon, Kayveas dan Chee Heung ketika berucap senada menyatakan kesediaan parti komponen serta hanya menunggu pengumuman tarikh PRU-13.

Mereka juga memohon rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang hanya tahu menabur fitnah sebaliknya mengekalkan kerajaan B Nyang banyak berjasa membangunkan negara dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan