Jambatan Kedua P.Pinang Dijangka Siap Dua Bulan Lebih Awal - Berita Semasa | mStar

Jambatan Kedua P.Pinang Dijangka Siap Dua Bulan Lebih Awal

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka siap pada September 2013, iaitu dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Katanya jambatan itu kini secara keseluruhannya 90.15 peratus siap, yang melebihi jadual sebanyak 2.92 peratus.

"Kementerian Kewangan sedang dan akan terus memantau dengan teliti projek ini bagi memastikan projek dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Lim berkata pembinaan jambatan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khasnya dan sekali gus meningkatkan pengangkutan awam serta kualiti hidup rakyat amnya.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai, 2008, sebagai syarikat konsesi untuk jambatan berkenaan dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

JKSB bertanggung jawab dalam pembinaan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan jambatan itu. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan