1,300 Anggota Polis Dan 500 Anggota Rela Kawal Keselamatan Ketika Thaipusam

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,300 anggota polis serta lebih 500 anggota Ikatan Relawan Malaysia akan bertugas mengawal keselamatan sepanjang sambutan Thaipusam hujung minggu ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis juga menyediakan lima balai polis bergerak bagi memudahkan orang ramai membuat laporan jika berlaku jenayah.

Bagi memudahkan perarakan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H. S Lee ke Batu Caves, polis akan menutup jalan secara berperingkat bermula tengah malam Sabtu, katanya pada sidang media bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam Batu Caves Datuk R.Nadarajah, di sini Rabu.

"Selain Jalan Tun H.S Lee, jalan-jalan yang terlibat seperti Jalan Sultan, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang dan Jalan Ipoh yang menuju ke Batu Caves akan ditutup sepenuhnya pada 26 Jan bagi memudahkan pergerakan mereka," katanya.

Menurut Abdul Rahim, polis menjangkakan perarakan tiba di Batu Caves pada pukul 2.30 petang Sabtu.

Sementara itu, Nadarajah berkata pihaknya mengurangkan bilangan gerai jualan dan pameran kepada hanya 400 bagi memudahkan pergerakan memandangkan kira-kira 1.6 juta penganut serta pengunjung akan membanjiri pekarangan kuil pada hari berkenaan.

Beliau turut menasihati penganut dan pengunjung supaya tidak memakai barang kemas yang banyak dan memastikan harta benda persendirian disimpan rapi bagi mengelak diragut dan samun.

Katanya pihak pengurusan kuil juga membuka kaunter maklumat dan aduan di bangunan pentadbiran berhampiran pintu masuk kuil bagi memudahkan penganut serta pengunjung mendapat maklumat atau mengemukakan aduan. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan