PTPTN Sasar Kumpul RM20 Juta Bagi Dana BPM1M

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan untuk mengumpul lebih RM20 juta di bawah dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (BPM1M) menjelang hujung tahun ini.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata dana itu akan diagih kepada pelajar miskin dan kurang bernasib baik setelah mendapat kebenaran kerajaan.

"Dengan adanya bantuan ini nanti, pelajar miskin tak perlu lagi buat pinjaman yang banyak daripada PTPTN jika ingin melanjutkan pengajian ke IPT (institusi pengajian tinggi)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat PTPTN Negeri Kedah, di sini, Selasa.

Katanya BPM1M merupakan inisiatif program penjanaan dana PTPTN melalui sumbangan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam mewujudkan infrastruktur jangka panjang yang lestari bagi memenuhi sebahagian keperluan pembiayaan pelajar.

Syarikat yang menyumbang untuk dana itu layak menerima potongan cukai dua kali daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi maksud pengiraan cukai pendapatan mulai tahun taksiran 2012 hingga 2017, katanya.

Mengulas perkara lain, beliau mengingatkan lebih 4,300 pelajar IPT awam dan swasta yang lulus kelas pertama serta masih belum memohon pengecualian bayaran balik PTPTN agar berbuat demikian sebelum atau pada 30 Jun ini.

"Prosedur dan syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my," katanya.

Mengenai pejabat PTPTN Negeri Kedah, beliau berkata lebih 50 tenaga kerja ditugaskan di cawangan itu dan mereka akan turun padang mendekati pelanggan PTPTN di Kedah.

"Mereka akan bergerak secara aktif dan turun padang untuk jumpa peminjam dan dapatkan penjelasan mengapa mereka belum menjelaskan pinjaman atau mengapa sudah lama tak bayar pinjaman.

"Aktiviti turun padang ini kita jalankan sejak tahun lepas selepas pejabat-pejabat cawangan dibuka. Setakat ini terdapat 14 cawangan pejabat PTPTN seluruh negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan