MCA Sudah Sedia Hadapi PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA telah mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata persiapan parti itu berada di peringkat akhir iaitu termasuk bertemu dengan pengundi lebih kerap, meningkatkan publisiti dan memuktamadkan senarai calon.

Katanya, parti akan berhubung dengan orang ramai dengan berkunjung ke rumah mereka dan mengadakan pelbagai aktiviti seperti pendaftaran skim insurans di kalangan ahli parti.

"Kita mesti memperoleh sokongan penuh daripada ahli parti kerana mereka antara 800,000 dan 1 juta daripada 3.5 juta pengundi Cina," katanya.

Dr Chua berkata, ketika kunjungannya, beliau mendapati semangat begitu tinggi dengan ahli menjadi lebih yakin dan bersatu.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana ahli parti tidak begitu agresif dalam melawan pembangkang kerana masih ramai tidak menyedari senario politik pada 2008.

"Ahli parti perlu bekerja keras untuk menarik pengundi, bersifat mesra rakyat dan merendah diri.

"Kita perlu tahu bagaimana untuk melawan serangan DAP dan teruskan menyerang.

"Kita perlu bijak untuk membuat perbandingan di antara Barisan Nasional atau MCA dan DAP," katanya.

Mengulas mengenai senarai calon, Dr Chua berkata, dia telah bertemu dengan lebih 400 calon berpotensi dalam tempoh enam bulan lalu untuk mengetahui kesesuaian mereka.

Namun, beliau belum membuat keputusan akhir.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai interaksi dengan pengundi, beliau dapat mengesan berlaku perubahan ketara di kalangan ahli perniagaan dan masyarakat Cina terhadap BN.

Katanya, masyarakat Cina juga sedar bahawa pembangkang tidak mempunyai rancangan pembangunan sosio-ekonomi yang lengkap.

"Kaum Cina amat sedar bahawa polisi populis yang tidak disokong oleh dasar ekonomi, tidak akan bertahan lama," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan