Buku Fitnah Anwar: AMK Selangor Beri Amaran Kepada Pengedar - Berita Semasa | mStar

Buku Fitnah Anwar: AMK Selangor Beri Amaran Kepada Pengedar

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor pada Isnin memberi amaran kepada pihak atau individu yang terlibat dalam mengedarkan buku memfitnah kerajaan Negeri Selangor dan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menghentikan segera perbuatan tersebut.

Ketuanya, Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya akan menggerakkan jentera untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dan membuat tangkapan sekiranya edaran terus dibuat.

"Kita bagi amaran kepada sesiapa yang bersekongkol (dalam pengedaran) bahawa kita akan gerakkan jentera AMK Selangor yang kita putuskan semalam (Ahad) untuk menangkap pengedar-pengedar ini.

"Kita sudah tidak boleh sabar. Saya tak pasti apa yang akan dibuat bila mereka ini ditangkap tapi yang pasti akhirnya kita akan serah mereka kepada polis," kata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, dekat sini.

Azmizam berkata, tindakan ini dibuat selepas pihaknya dimaklumkan bahawa penduduk-penduduk di sekitar Dun Sri Andalas dan Parlimen Kota Raja, Klang menerima buku yang dikatakan memfitnah Anwar bertajuk 'Anwar Ibrahim dan Agenda Zionis' pada Ahad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan