257 Mangsa Banjir Di Kota Tinggi Dipindahkan

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seramai 257 orang daripada 56 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan di sini mulai malam Isnin berikutan banjir.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim berkata mangsa dari Kampung Tun Seh, Kampung Gembut Dalam dan Kampung Perepat di Tanjung Sedili ditempatkan di tiga pusat pemindahan manakala mangsa dari Kampung Baru Sungai Mas dan Kampung Mawai Baru ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Mangsa dari Kampung Tun Seh melibatkan 62 orang, Kampung Gembut Dalam (91 orang) dan Kampung Perepat (37 orang) yang kesemua mereka mula dipindahkan ke balai raya di kampung masing-masing mulai pukul 8 malam Isnin.

Seramai 39 mangsa dari Kampung Baru Sungai Mas pula dipindah ke Dewan Orang Ramai kampung itu sementara 28 orang dari Kampung Mawai Baru ditempat di Dewan Serbaguna.

"Mangsa mula dipindahkan apabila penempatan mereka dinaiki air setinggi 0.1 meter hingga 1 meter. Setakat ini kawasan lain terutama di bandar Kota Tinggi dilaporkan tidak mengalami banjir," katanya ketika dihubungi.

Ismail berkata hujan lebat yang kembali melanda daerah ini sejak petang semalam turut menyebabkan air di beberapa sungai utama mula meningkat namun masih berada di paras berjaga-jaga.

Keadaan cuaca di sekitar Kota Tinggi dilapor mendung dengan sesekali berlaku hujan lebat.

Penduduk yang menetap di kawasan rendah diminta berwaspada.

Sementara itu portal Majlis Keselamatan Negara melaporkan tiga kawasan di Mersing turut terjejas akibat banjir.

Kawasannya ialah Kampung Air Merah yang melibatkan 50 orang mangsa, Pengkalan Batu (37 mangsa) dan Kampung Che Wook (157 mangsa). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan